Wednesday, March 21, 2012

lalala

AUG Needs YOU! Call for Volunteers!
ME ???

Yes, YOU!!!

Why do you need me for?

AUG Brisbane will be having an education and migration fair at end of April/early May 2012. 
To make it a success, we will need as many enthusiastic and capable helpers as possible!


Why should I help? 
• Gain valuable work experience
• Opportunity to build network- You might meet your future employer...
• Opportunity to practice skills learnt from University & School
• Build confidence by working with and mentoring other people!
• Also, think about the satisfaction that you will get after successfully helping out at the event!

What else will I get?
- A certificate of participation*
- A reference letter*
- FREE Meals (lunch and/or dinner)*


Ok, so what do I need?
SINCERE HEART to help others is a must!

Great! So how do I apply?
Simply e-mail your CV/resume to jason.foo@augstudy.com 
Application closing date: 9th March 2012 so hurry!!

*conditions apply

Wednesday, March 2, 2011

bilik itu sejuk

selepas banjir, habis tenggelam satu aras rumah tu, satu group orang pindah masuk.
dah bersih, cukup bersih, memang bersih.

dia memang tak perasan pada hari satu dia pindah masuk. tapi lama-lama duduk memang perasan. bilik tu basah. banyak wap air. ouh, memang banyak. buku buku, kertas kertas semua basah. comforter tutup badan awal pagi pun basah. sejuk sejuk. banyak wap air. embun pagi? mengarut embun pagi masuk rumah.

dia sidai towel, memang tak kering. tetap basah.

air jatuh satu satu titik pada hari 'tersebut'. memang jelas dengar titik titik air jatuh satu satu pada petang tu. malam dah tiada. hilang. air bertakung. memang ada air, dari tingkat atas. bukan dark water. tapi cuma air. tapi, bilik tu sejuk sangat. banyak air, wap air.


mereka masih di situ!

hitam

ini bukan fiksyen atau apa tapi hanya kata-kata.
orang cakap macam-macam, hati kau busuk, hati kau hitam, hati kau baik, hati kau ada nur dan apa-apa la apa orang nak cakap.

aku kata, hati kau hitam. serius?

entah. betul ke hati semua orang hitam. tak tahu. memandai je. buat konklusi pada awalan cerita.
tapi betul ke? hati dalam badan warna apa? hitam ke merah? warna lain? tah tahu lagi.

ada cahaya dia jadi ada warna ke? bukan ke?
kalau cahaya tak datang, cari torch light tak jumpa, macam mana nak suluh hati. kena robek robek dulu ke? suluh lampu, baru nampak warna sebenar.


gelap!

Thursday, June 24, 2010

keynote

di sini kau dan aku
kekal bersama
menghadapi cerita
suka dan duka
menggarap kebahagiaan kekal slamanya...ouh....

kita memang ditakdir
hidup bersama
hilai tawa yang manja
takkan ke mana
mencari satu destinasi bahgia....ouh...

di dalam dunia berbeza
kau dan aku terjatuh cinta
menghasil memori terluka
di akhirnya
kita jatuh cinta...

mengharapkan bahagia
di mana kan ku temu dia
hanya kau saja yang bisa
mengalir kata cinta.......

*gila apa*

Monday, March 29, 2010

kerana orang itu saya

dalam hujan renyai renyai, kilat sabung menyabung, angin tiup kencang, dua kelibat cuba cari tempat teduh. mengharap pada sedikit keselesaan. bunyi petir boleh matikan fungsi telinga. pekak. tapi bukan mereka berdua.

dari jauh, datang sebuah kereta lewat jalan tak berpenghuni itu. suasana gelap hanya bertemankan nyanyian alam, hujan. kereta laju. cuma ada dua orang sahaja dalam kereta itu. mereka mendapatkan harapan daripada pemandu untuk tumpangan.

baru mereka sedar, orang itu adalah .............kereta remuk...........darah sana sini............

Wednesday, February 17, 2010

sang pencinta, syam, julia, nini

dah untuk kesekian kali dia duduk tepi balkoni tu. cuba untuk capai sapu tangan merah darah yang julia bagi. masih tak sampai. jauh sangat ke dia ikat. padahal 2, 3 inci je dari balkoni tu. terikat pada batang paip besi bergalvani tu.

syam cuba tapi tak dapat. dah setahun dia cuba. tapi tak dapat. syam memang takut nak cuba tapi dia tetap cuba.

julia, dah pergi lepas dia ikat sapu tangan tu. dia jatuh menjunam dari kondo tengah bandar konkrit. dia yang cari nahas. tapi syam, masih sayang julia.

nini datang bagi sapu tangan lap air mata syam.

hari terbuka

fikri lari lari anak masuk dalam rumah sambil pegang erat kertas putih tu. kertas putih yang ada satu huruf yang boleh buat ayahnya bangga. A. huruf yang jadi angan angan setiap kawan fikri. tapi hari ni, dia seorang yang dapat huruf tu.

fikri cari ayah dalam bilik. fikri cari bawah katil. fikri cari tepi almari. mungkin ada di dapur. fikri nampak kaki ayah celah celah meja rotan. ayah tidur kat dapur. tak mungkin. fikri cuba padam hologram entah apa apa daripada otak dia. fikri fokus. fikri hanya budak kecil. bukan tak tahu apa apa. tapi cuba untuk tahu sesuatu.

fikri cuba capai tangan ayah. pegang pergelangan tangan ayah. letak ibu jari. kira dup dap nadi lalu urat sampai sepuluh saat. tiada. ayah dah tiada.

habis, siapa nak pergi hari terbuka sekolah esok?

Monday, February 15, 2010

bunga api

keluarkan kepala daripada verandah... pemandangan memang best tengok cahaya warna warni.
langit malam raya cina kali ni tak gelap gelita. dari tingkat 10 apartmen, boleh nampak dengan jelas. warna warna meriah dentam dentum silih berganti.

ada yang atas bangunan ni. ada yang dekat dengan petronas tu. ada yang kat jambatan tu. ada juga yang kat tepi pantai tu. aku tak bentang tikar untuk naikkan mood. aku tak makan sandwich untuk buat aku makin feel. aku hanya pandang. tu dah cukup.


Wednesday, February 10, 2010

baju belum seterika

baju ada banyak kedut

masa tinggal sikit

cari baju lagi

pergi kelas

ikat balik tali layang layang

dania tengok langit petang terang. angin pun kuat tiup tiup lembut lalu tepi telinga dania. dania memang dah cadang nak main layang layang tapi bukan selalu dapat cuaca macam petang ni.
dania cepat cepat capai tali layang layang yang terperuk celah katil kayu jati mahal tu.

cepat cepat dia lari. takut cuaca marah. takut cuaca nangis. takut cuaca pukul guna besi panas.

dania memang reti main layang layang. dia suka tarik tarik tali. layang layang terbang tinggi.
tali putus. dania sedih. datang satu orang muda capai tali layang layang lalu ikat mati.

layang layang terbang lagi...