Sunday, January 31, 2010

KAPPA BETA VORTEX

KAPPA untuk kumpulan blonde cantik
BETA untuk pria tampan
VORTEX untuk orang tak berumah

Kappa suka Beta. tapi 1 Kappa keluar Kappa. jadi Vortex. Beta suka 1 Kappa keluar Kappa. 1 Kappa jadi Vortex. Beta suka Vortex. Vortex ada tujuh ahli. 1 Kappa keluar Kappa masuk. Vortex jadi lapan. Beta lepak dengan Vortex. Kappa hilang maruah. Vortex, Beta makin rapat. Kappa marah. Vortex perjuangkan Vortex. Beta sokong Vortex. Kappa tambah marah. ramai Kappa bubar. Kappa hancur. Vortex dengan Beta ~~suka...

16 karat, mutiara betul

nak taknak, kena keluar jugak. langkah kaki Sarah padu. derap kaki kudisnya hentak perlahan. taknak oranh tahu. Mak Jah mencelah suasana. Sarah kaku. mak Jah tangkap Sarah. Emas 16 karat jatuh atas parquet. bunyi perlahan sikit. kalau marmar berdengung telinga. Sarah alirkan air mata. ni mutiara betul. kilat kilat.

tingkat 13

corak corak berdimensi. tak tahu yang ada pada kotak fikiran Aiman. mungkin sasi baki peristiwa pahit semalam. Nanie baling asid. Tapi mungkin coretan kisah lain. mungkin corak corak berdimensi depan mata Aiman. Aiman gigit jari. menyisir rambut pakai jari halus. banyak kali. terduduk hampa. sambil tengok bandar meropolitan lalu kaca lutsinar tngkat 13.

kasut jenama Chanel

mak, ayah dah balik

awal ayah balik hari ni

ayah kan pekerja kesayangan boss

mak ada masakkan lauk yang ayah suka

ayah dah tak sabar nak makan ni

eh ayah, apa tu?

SURPRISE!!! untuk mak

wah..kasut jenama Chanel

****************************************
sedapnya lauk mak masak

untuk ayah

ayah makin sayang mak

madu untuk permaisuri

diasak dengan ribuan sentuhan. bergelumang dengan pelbagai gelagat. setiap satu ada kerja sendiri tapi untuk satu fungsi. semua bzzz.......tak senyap senyap. bingit. tapi terlampau banyak tak boleh berhenti. belang macam pasukan bola sepak Malaysia tapi warna semulajadi. takde dye nak tukar. jadi, truskan bergelumang sesak ambil madu untuk permaisuri.

Saturday, January 30, 2010

magic roundabout

zack pandu lamborghini kuning dia dengan bangga. kelajuan maksimum tarik perhatian orang. bukan nak menunjuk tapi dah kereta mahal. zack pusing magic roundabout kat england tu. cari simpang keluar. tapi terlanggar satu kereta. satria neo jingga.

zack kaku pada stering lamborghini. peluh peluh basahkan muka licin dia.
ketar ketar tangan capai sapu tangan CK.

encik, maafkan saya.....

orang malaysia. zack bertemu orang negaranya. di england. waktu pusing magic roundabout tu.

zack kata sorry...

tapi dua dua senyum....

jatuh cinta rasanya..

Wednesday, January 27, 2010

aku tak takut

tarik muka....buat muka....semua ini jangan dipersetan...tak kira apa berlaku...
ekspresi jahil lantaklah....ekspresi natural....berikan privasi

aku tak takut
~apa ni~
kekusutan panggil diri untuk lari pergi
kaki capai capai langkah kecil
buka mata jangan
mulut kumat kamit jampi
hidung kembang kempis cari nafas lagi

jangan takut...aku tahu
satu adegan luarbiasa
hasil seni makhluk tanah bernyawa

semua orang angkat tangan
walaupun aku rebah
tiada daya
terus rebah
tangan...terus angkat...angkat aku
tengok atas.....nampak cahaya
ada satu benda baru dari cahaya

~KEHIDUPAN~

Monday, January 25, 2010

nadi??

bila kebosanan hantui korang, just relax, cool......do nothing...or maybe u can get a knife and cut your urat nadi....
SENANG KAN???

Wednesday, January 20, 2010

petak kosong

sampai sampai pada satu petak kosong, tersengih. terus laju masuk dalam petak kosong.

*******************

mana kereta aku???
ohh...ada dua..sebijik macam kereta aku!!!

encik, ni kereta saya......

sama sama masuk kereta masing masing. senyum. tersengih.
tinggalkan dua petak kosong.

Friday, January 15, 2010

suka diri sendiri

...untuk suka diri sendiri engkau perlu suka diri sendiri baru engkau boleh rasa yang engkau suka pada diri engkau sendiri...

Thursday, January 14, 2010

dansa

gadis diajak ke lantai dansa. dengan kebanjiran ratusan darah muda yang hilang akalnya, Bayu mengambil tempat. gadis melenggokkan pinggulnya, menggoyangkan badannya begitu juga Bayu mengikut alunan rancak. merelit, berkilau sintetik yang melekap ketat di tubuh anak muda, isi dewan dansa, tatkala disimbahi cahaya warna pelbagai dalam keasyikan lebihan dosis.

candy warna warni

2o sen

adik guna duit tu untuk beli candy warna warni tu
lama dah adik simpan...
akak, bagi adik satu candy warna warni.....adik gembira....senyum happy....mesti tak terkata

lari lari lari
adik pegang candy warna warni
hati rasa suka sekali
jilat candy warna warni

jatuh.adik jatuh. candy warna warni adik jatuh. nangis. takde apa apa lagi. takde lagi candy warna warni.

bukan realiti

aku pandang jauh jauh, memang jauh bukan infiniti tapi cukup jauh.
deretan kereta masuk dari jalan besar itu...hon bunyi sini sana..
logam karat logam silver logam baru logam olok olok.....
semua jadi haru biru bila hijau merah kuning silih ganti jadi referee...

aku pandang lagi...hilang....bukan realiti

junior

masa dia jadi junior, tiada apa, tiada siapa peduli dia persis bayang-bayang oren kekuningan bawah terik sinar suria pagi.
bila junior memang junior. dia jadi senior. pukul sana sini. baling kerusi. ragging. semua jadi realiti. bukan mimpi lagi. carik-carik baju nylon baru ditampal darah merah haemoglobin. rabak hasil ulat beluncas. tiada lagi. inilah nasib junior.

junior....senior minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki....

kelinci putih

melihat kelinci lari lari di pekarangan banglo mewah. kerana putihnya ia jadi senanglah nak dinampak. dikejar anak anak kecil dari desa seberang bagai nak gila mahukannya. angan angan kosong terlempar satu satu tanpa hati kecil mereka duga.
kelinci putih sembunyi di balik rimbun rimbun pohon kapas. gigilan makhluk genit tidak bisa berhenti menagih simpati minta berhenti.
di bawah pohon itu sembunyi ia, kelinci warna putih.

hari menuai telah tiba...

mentari pagi tadi menghentam talu talu pada mata dia. menggosok gosok mata menggulingkan badan cari lindungan. jendela kayu koka berlangsirkan velvet hitam memanggil manggil bayu dingin pagi capai tubuh dia.

buka mata. pagi. sudah siang. ayam berkokok. ikan loncat loncat. sawah bendang dengan padi. kuning sana sini. hari menuai telah tiba.

Wednesday, January 13, 2010

modernisation

modenisasi pada pucuk pangkalnya adalah kehalusan jiwa seni merobek isi hati tanpa menyedarkan si penghuni. bukannya mahu menciplak apa yang sudah dipaten tapi masa bodoh dengan itu semua.

tanpa limitasi, tanpa mengehadkan isi minda terus berfikir mengolah idea-idea yang boleh pakai buang tapi masih relevan dek minda-minda yang tidak terencat. bagus.

modenisasi mendabikkan dada di mata dunia?
jangan sekali.
shh.....jangan bilang sapa sapa














Tuesday, January 12, 2010

mentaliti

mentaliti diserkup
mentaliti yang penuh diskusi

mentaliti yang diserang kolonial amukan tak tentu hala

bagai otak kosong minta dipaku...

mentaliti punya definisi sendiri
diksi berperi

mentaliti rasukan ablasa....sialan
mentaliti kacau jiwa.....angau doan
mentaliti hina....bunuh saja
mentaliti dunia....selfish

mentaliti universal....tiada kompromi

eugenia papillosa

kesukaan

aku suka hidupan ni
pohon, pokok, sama je

tapi ni special
untuk org yg macam aku

ni la pokok yang paling aku kagum
berkata wow bukan

tapi MASYAALLAH...baru betul

eugenia papillosa





privacy

tadi

aku sorang je
tengok homo sapiens

sana sini
berkeliaran
habis kelas kowt

kat celah-celah hijau
banyak
terkedek-kedek
jalan-jalan

macam xde hala tuju

datang yg lain (homo sapien)
tengok lalu tingkap tu

komen sana komen sini
nampak sapien yg aku kenal
lari-lari

tp aku xnak gtaw sape dia....

privacy

persetan

senja itu
berlari-lari anak aku di tepi lereng bukit itu

bergurau senda dengan tanpa mempedulikan orang sekitar.
PERSETAN dengan semua orang.
mata-mata yang mengerling seperti akur dengan fitrah

fitrah yang bukan dikehendaki
TETAPI
keakuran semata.



1234

1

one

2

two

3

three

4

four

1234
onetwothreefour

aku sama lily
suka lagu ni

dulu

aku suka dia
bila dia suka lagu ni
kitorang sama-sama suka lagu ni

1234

kelakar
tapi aku suka

ea..ikraam tau lagu ni
yup

timbul dalam hati
kelakar

best bila ada orang yang sama minat dengan aku
walaupun ada orang berfikiran asing-asing.....

dengar lagu ni
ingat LILY

lemak

lemak bukannya negatif

hanya sebahagian orang je yang sensitif
aku okay je....

lemak ada positif
positif sifatnya
bagi siapa yang faham
xkan pandang sebelah mata
diorang akan explore dan ambil tahu
bukannya buat sambil lewa
kerana adanya keinginan yan membuak-buak
dalam diri
yang hina di sisiNya

lemak ada banyak fungsi
contohnya melapisi organorgan dalam badan

protektif

aku suka


malam

malam

bulan terang

malam

bintang kerlip

malam memang selalu macam tu
malam gelap
gelap gelita

tapi

pencemaran cahaya ke langit mengaburi lensa-lensa pakar yang sedang membuat eksperimentasi ke atas ciptaan Tuhan.

berganjak aku daripada kerusi kayu keras yang menyakiti tulang pinggulku.

mencari scorpio, bintang aku.

di langit, dipanggil buruj.
argh...mana....

tapi takpe dia akan muncul.
sebagai penunjuk arah untuk pelayar-pelayar di lautan.

CAPRICORN
AQUARIUS
PISCES
ARIES
TAURUS
GEMINI
CANCER
LEO
VIRGO
LIBRA
SCORPIO
SAGITARIUS

Monday, January 11, 2010

lari

lari aku daripada semua benda
tapi tak la smua
nak mampos
xkan xnak makan ataupun tidur

gila

aku cari dia tapi x jumpa
jadi
aku lari
lari


lari





lari







lari lagi




sampai penat
tapi x jumpa pun
dia dah balik kow
tu yg aku rasa la

tp aku ada aku
dia biarlah dengan dunia dia

lu, lu punya hal
wa, wa punya pasal la

bosan

bosan...aku tengok lappy

bosan...aku tengok luar

bosan...aku tengok mouse

bosan...aku tengok pintu

bosan...aku tengok labcoat

bosan...aku tengok dinding

bosan....aku tengok kau

kucing

kucing sana sini
berlambak.......cam $#&^

nak aje aku tendang satu-satu
tapi banyak sangat
tapi comel
tapi menyusahkan

aku xnak tendang sekor-sekor
masuk longkang
tercampak melayang
pecah kepala
terburai usus

aku da berubah
bukan macam dulu

biarlah diorang.....lantaklah

aku pandang

aku pandang

tiada apa yang aku pandang...tapi aku tahu aku nampak sesuatu
aku campak batu
batu besar
besar sangat

**********************************************************
habis basah kain cotton pada badan aku ni
kena air percik dari kolam tu
argh

balik la....