Wednesday, February 17, 2010

sang pencinta, syam, julia, nini

dah untuk kesekian kali dia duduk tepi balkoni tu. cuba untuk capai sapu tangan merah darah yang julia bagi. masih tak sampai. jauh sangat ke dia ikat. padahal 2, 3 inci je dari balkoni tu. terikat pada batang paip besi bergalvani tu.

syam cuba tapi tak dapat. dah setahun dia cuba. tapi tak dapat. syam memang takut nak cuba tapi dia tetap cuba.

julia, dah pergi lepas dia ikat sapu tangan tu. dia jatuh menjunam dari kondo tengah bandar konkrit. dia yang cari nahas. tapi syam, masih sayang julia.

nini datang bagi sapu tangan lap air mata syam.

hari terbuka

fikri lari lari anak masuk dalam rumah sambil pegang erat kertas putih tu. kertas putih yang ada satu huruf yang boleh buat ayahnya bangga. A. huruf yang jadi angan angan setiap kawan fikri. tapi hari ni, dia seorang yang dapat huruf tu.

fikri cari ayah dalam bilik. fikri cari bawah katil. fikri cari tepi almari. mungkin ada di dapur. fikri nampak kaki ayah celah celah meja rotan. ayah tidur kat dapur. tak mungkin. fikri cuba padam hologram entah apa apa daripada otak dia. fikri fokus. fikri hanya budak kecil. bukan tak tahu apa apa. tapi cuba untuk tahu sesuatu.

fikri cuba capai tangan ayah. pegang pergelangan tangan ayah. letak ibu jari. kira dup dap nadi lalu urat sampai sepuluh saat. tiada. ayah dah tiada.

habis, siapa nak pergi hari terbuka sekolah esok?

Monday, February 15, 2010

bunga api

keluarkan kepala daripada verandah... pemandangan memang best tengok cahaya warna warni.
langit malam raya cina kali ni tak gelap gelita. dari tingkat 10 apartmen, boleh nampak dengan jelas. warna warna meriah dentam dentum silih berganti.

ada yang atas bangunan ni. ada yang dekat dengan petronas tu. ada yang kat jambatan tu. ada juga yang kat tepi pantai tu. aku tak bentang tikar untuk naikkan mood. aku tak makan sandwich untuk buat aku makin feel. aku hanya pandang. tu dah cukup.


Wednesday, February 10, 2010

baju belum seterika

baju ada banyak kedut

masa tinggal sikit

cari baju lagi

pergi kelas

ikat balik tali layang layang

dania tengok langit petang terang. angin pun kuat tiup tiup lembut lalu tepi telinga dania. dania memang dah cadang nak main layang layang tapi bukan selalu dapat cuaca macam petang ni.
dania cepat cepat capai tali layang layang yang terperuk celah katil kayu jati mahal tu.

cepat cepat dia lari. takut cuaca marah. takut cuaca nangis. takut cuaca pukul guna besi panas.

dania memang reti main layang layang. dia suka tarik tarik tali. layang layang terbang tinggi.
tali putus. dania sedih. datang satu orang muda capai tali layang layang lalu ikat mati.

layang layang terbang lagi...

Saturday, February 6, 2010

posmen

laily lari laju laju bukan untuk apa tapi untuk jumpa posmen tu. laily sengaja nak jumpa dia sebab laily suka. bukan suka apa tapi suka tengok posmen bawa surat. banyak surat. laily kagum.

tapi, hari ni laily lambat sikit. dia jatuh longkang tadi. jalan licin. baru lepas hujan. jadi, dia gagal. laily sedih dan kecewa. terus muram.

dua bulan kemudian, posmen datang rumah laily. laily suka.

bukan kamal yang buat

balik dari sekolah, kamal hempas pintu. kamal rasa sangat marah. bukannya kamal yang buat benda tu. kamal cari majalah sekolah. cari muka dia. si angkara durjana. kamal keluarkan pisau lipat kecik dari bawah tilam. sampai mukasurat tu, yang ada muka dia, kamal potong satu gambar. cantik . manis. ayu. perempuan tu. dia letak tepi.

kamal cari lagi lilin putih dari laci, keluarkan. pasang api. kamal bakar majalah sekolah tu. gambar tadi biar tepi.

dari jauh ada orang lihat.