Wednesday, February 17, 2010

hari terbuka

fikri lari lari anak masuk dalam rumah sambil pegang erat kertas putih tu. kertas putih yang ada satu huruf yang boleh buat ayahnya bangga. A. huruf yang jadi angan angan setiap kawan fikri. tapi hari ni, dia seorang yang dapat huruf tu.

fikri cari ayah dalam bilik. fikri cari bawah katil. fikri cari tepi almari. mungkin ada di dapur. fikri nampak kaki ayah celah celah meja rotan. ayah tidur kat dapur. tak mungkin. fikri cuba padam hologram entah apa apa daripada otak dia. fikri fokus. fikri hanya budak kecil. bukan tak tahu apa apa. tapi cuba untuk tahu sesuatu.

fikri cuba capai tangan ayah. pegang pergelangan tangan ayah. letak ibu jari. kira dup dap nadi lalu urat sampai sepuluh saat. tiada. ayah dah tiada.

habis, siapa nak pergi hari terbuka sekolah esok?

No comments:

Post a Comment