Wednesday, March 2, 2011

bilik itu sejuk

selepas banjir, habis tenggelam satu aras rumah tu, satu group orang pindah masuk.
dah bersih, cukup bersih, memang bersih.

dia memang tak perasan pada hari satu dia pindah masuk. tapi lama-lama duduk memang perasan. bilik tu basah. banyak wap air. ouh, memang banyak. buku buku, kertas kertas semua basah. comforter tutup badan awal pagi pun basah. sejuk sejuk. banyak wap air. embun pagi? mengarut embun pagi masuk rumah.

dia sidai towel, memang tak kering. tetap basah.

air jatuh satu satu titik pada hari 'tersebut'. memang jelas dengar titik titik air jatuh satu satu pada petang tu. malam dah tiada. hilang. air bertakung. memang ada air, dari tingkat atas. bukan dark water. tapi cuma air. tapi, bilik tu sejuk sangat. banyak air, wap air.


mereka masih di situ!

1 comment: